Tags: Perubatan, rawatan tulang

Tulang Rapuh Sejak Lahir: Antara Sains, Sosial dan Ekonomi

  • Ex Tax: RM8.00
  • Author: Abdul Razak Sulaiman
  • Availability: In Stock
  • e-ISBN: 9789674615222
  • Book Type: E-book
  • Format: Flipbook
RM8.00
rating
(0 reviews) Write a review

Penyakit tulang rapuh sejak lahir (osteogenesis imperfecta, OI) ialah penyakit yang boleh                 terjadi secara kebetulan atau bawaan keturunan. Jika terlalu teruk, ia boleh menyebabkan kematian semasa kelahiran, patah sebelum boleh berjalan, patah setelah berjalan atau patah apabila ada hentakan ringan. Keabn..

FlipHTML5 LightBox Embed Demo

Penyakit tulang rapuh sejak lahir (osteogenesis imperfecta, OI) ialah penyakit yang boleh                 terjadi secara kebetulan atau bawaan keturunan. Jika terlalu teruk, ia boleh menyebabkan kematian semasa kelahiran, patah sebelum boleh berjalan, patah setelah berjalan atau patah apabila ada hentakan ringan. Keabnormalan kolagen dalam tulang belum boleh dirawat. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan dan pembedahan memasukkan besi ke dalam tulang boleh membantu meningkatkan kualiti hidup seseorang pesakit OI. Kemasukan ke wad hospital yang kerap, kos besi sokongan tulang dan bantuan peralatan bergerak yang tinggi boleh menjadi bebanan tambahan kepada pesakit OI dan keluarga. Namun, modifikasi rawatan pembedahan dengan kepakaran yang ada boleh mengurangkan kos tersebut. Di samping itu, kemudahan hospital mesra kanak-kanak turut menyokong perkembangan kanak-kanak ini. Maklumat sebegini sepatutnya boleh sampai kepada semua pesakit OI di negara ini. Penglibatan semua pihak termasuk jabatan pendidikan, ahli agama dan khidmat sosial serta para majikan juga penting dalam menjadikan dunia ini juga tempat yang selesa untuk insan istimewa seperti pesakit tulang rapuh.

 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha